Jangan bertuhankan ego.

Assalamualaikum wbth


Tuan punya gambar


Hari itu (dah berbulan actually), sempat pergi jap graduation adik. hehe graduation pra-sekolah ja. 

Just a small feast which we can see all the teachers' struggle. But it' s a memory that must carved on this heart. 

It's really sooth whenever seeing those little kids wearing their bright yellow jubah graduation. hehe

Seronok tengok budak-budak ni berlari sana sini, 
yang dah sampai turn nak ambik sijil tak pakai lagi jubah, 
yang tersengih-sengih malu-malu nak tangkap gambaq,
dah tangkap gambaq, dok sengih-sengih lagi nak nak tangkap tapi tak cakap,
ahaha sengih itu kira cakap la doe... ahaha

dalam damai melihat mereka,

then I thought.....

kalau masa kecik, fitrah kita suci...
kenapa mesti wujud
perang tumpah darah yang sanggup bunuh orang sana sini,
kenapa mesti wujud
puak-puak yang menindas orang sampai dah lagi teruk dari setan,
kenapa mesti wujud
dengki hitam yang cukur habis kebaikan,
kenapa mesti wujud
eksploitasi manusia untuk manusia
kita semua manusia
kita semua sama
kita tak boleh kongsikah nilai yang sama
kenapa mesti wujud
kenapa mesti ada

yang asalnya, kalau kita masih kanak-kanak
kita dahulunya semuanya boleh makan minum kongsi bersama
kita dahulunya boleh kongsi langit yang sama tanpa dengki, lawan-melawan

jawapannya apa

" masing-masing dah ego. bela ego sampai ego jadi tuhan dalam diri"

-----sedih----------

p/s : entah kenapa lagu melayu pulak ada dalam playlist. ahaha.. lagu melayu yang leh layan pon indie ja before this, inifiniti cinta- zizan razak ft kaka dengan EM- rindukanlah. aigoo...jiwang gila. tahap gaban. ahahaha. 


Comments

Popular Posts