bebels 2017

next week dah start posting baru. peadiatrics. ngee! seram! dan macam kebiasaannyalah time posting break lah kau boleh start berblogging pon. itulah kalau tetiba ada rasa nak rant on something. baru selamat survive dua posting yang penuh air mata gugur di kertas-kertas nota A4 dan kadang-kadang atas Kumar and Clark's, yang aku rasa macam lambat macam sloth nak habiskan satu2 posting. tapi rasa macam kejap like you are passing methane gas pon ado. 

dalam minggu2 posting ni, mesti ada satu minggu yang kau jadi stress, baca buku teriak sat, lap2 air mata baru boleh study balik. huh? nampak kan stress dia tu? and how I cope with this too much overwhelming stress, i will text my beloved friends. sebab kadang2 kita stress bukan nak solution ke hapa bila call, just want a shoulder to lie on. ceywah. tak dak la. just dont want to keep to bottle up all the emotion. kang explode naya.

long case aku last medical posting hari tu. aku present bronchial asthma. the diagnosis is acute axacerbation of asthma. AEBA. first time masuk medical ward, sumpah rasa dyslexic bila tengok semua abbreviation. CCF? USA? UNC DM (uncontrolled diabetes mellitus -_-') seminggu lah buat kamus abbreviation yang ada la dalam sehelai. hahaha okay back to my long case. long case ni memang exam yang hang kena clerk patient dan then buat physical examination on your patient depend on her/his chief complaint. pastu sesssion serang menyerang oleh specialist hospital situ. discussion session. takut gila. aku still tak boleh get away my nervousness when presenting case. and i hate it a lot. when i get nervous, kau present pun tak smooth and tak convincing. so sad. 

tapi prof kz selalu advice, this is the time that you have to instill the love of learning and know all the disease for the sake of being a doctor. now, we are still lacking of cardiologist, nephrologist and our patient have to go all the way to Sultanah Bahiyah's for specialist services. I dont think it should be happening. so the challenges is on you lah to become a specialist later.

memang rasa dilate ja pupils kau bila dengar advice macam ni but it aint' easy. gila jugak nak setel posting every posting. memang very exam tawakkaltu'alaAllah. Ya Allah, Kau permudahkan setiap jalam-jalan ku dan berikanlah aku jiwa yang besar untuk menempuh semua ni. (urut dada. inhale. exhale)

rasa nak quit medicine tu sebenarnya sentiasa ada. haha. tengok makcik pokcik cleaner tengah cuci toilet, sapu daun kering, memang rasa nak kerja tu ja. HA HA HA. tapi bila kawan-kawan dan kakcik cakap aku ni jenis tabah dan degil jugak to be in medicine field, aku gagahkan diri jugak. susah memang susah tapi dah ni jalan yang kita pilih dan Allah juga mengizinkannya, maka kita hwaiting!!

maka, pembuka 2017 yang mana bulan disember ni aku selamat lah umur duapolohtigatahun. gila gila gila. aku rasa aku baru ja celebrate duapuluhduatahun last month. dah masuk 1/3 of twenties. umi pon dah umur 53 this may, cepatnya masaaaaaa. resolution for this year, clerking patient as much as I could and improve and improve my physical examination skills. hang kena praktis banyak-banyak zaf (nota untuk diri sendiri),

study dah nama pun student. (self notes again)


Comments

Popular posts from this blog

e-Housemen Bil 3/2020: An experience of lifetime.

calm before the storm

Dia Untukku, Reformasi Cinta [Ustazah Fatimah Syarha and Dr. Farhan hadi]