warmth
Sungguh. Aku rasa sangat kosong, fake, void, empty, fidgety,
tak keruan . Aku rasa aku jauh dari tuhan, dari Allah! Tatkala hati ini
menjerit-jerit meminta pertolongan
rawatan cemas tak pun menjerit untuk dimasukkan ke ER Department Hospital
Umum Sarawawak dek keadaan yang sangat kronik!
Namun, I denied everything all of those soul’s shouting and
screaming. Masih lagi berlagak cool, berjalan ok je ke lecture halls, lab,
seminar rooms. I denied everthing tapi hati aku sakit! Tambah lagi parah bila result mid-sem aku…… ( wah..
cepat2!! Drummer kat luar sana buat drum rolls paling gempak dan mantap!)……
bad. [-_-]’
Bila hati ini tak terdaya nak bagi tazkirah kat diri
sendiri, sahabatlah yang dicari! Mencari sahabat kerana they are the one who always
have their shoulders to rely on, sahabat yang tak putus mengajak untuk turn
back to Him! Alhamdulillah! SMS dihantar! Random question asked to them! “macam
mana nak betul-betul istiqamah dalam pengislahan diri. Banyak jawapan yang aku
dapat (ohhh…..yeah!) dalam bentuk ‘silence’. No hard feelings here as it aint
easy to answer sort of question. Yes! Question yang mungkin sahabat-sahabat aku
juga tercari-cari.
Berbalik kepada super duper ‘mantap’ result mid-sem aku, aku
cari yana dengan caun. Menagih sedekah tazkirah kepada hati ini. Yana dengan
cara dia, talked and advice to me.
Yana’s :
“macam bahaya result hang tu… math ok dah. Zaf, bangkit
balek zaf…”
“aku pun tak bagus sangat. Tapi azam aku macam ini, dalam
kelas tak tido, tido awal bangun awal. Buad latihan. Then, rajin buatnya.”
“good girl. Zaf, la ni hang pk duit mak ayah hang perabih
untuk hang dan pk pasal cita-cita hang. Kalau ada benda nak cita, habaq ja. Aku
boleh on skype. Sori sebab km xda kat sana”
Ayat “Sori sebab km xda kat sana” memang buat pasir berkilo
masuk dalam mata aku. Sheesh….
“x pon, cuti buad la solat dhuha n hajat. Qiyam… im working
on it. Mathurat pon…. Aku rasa hang buad benda2 nih. Doa setiap masa. Kan wireless”
………….doa memang wireless…. Connect directly to Allah……………………………….
Dan banyak lagi until I found my problem, the exact problem.
Caun pun cakap,
“kita manusia selalu lupa. Maybe benda ini (my result)
adalah stepping stones untuk hang berjaya. Success people learns from their
mistakes. Perbaiki apa yang hang rasa lack. Tension itu wajib. Learn to handle
ur stress. U can do it, zaf! Believe in urself! Baek cry now daripada regret
later!”
Sungguh, kawan memang suka membantu. Alhamdulillah, Highly
praised to Him. Ingat balik sms that I had been texted to my friends.
“macam mana nak
betul-betul istiqamah dalam pengislahan diri”
Sodiqah cerita pasal experience dia. Dulu, dia dapat B dalam
add-math. Frustrated kot, hati tak keruan katanya. Pergi surau (adelah sekolah tu kat kampong jawa….)
Nak berdoa,
tapi tak tahu apa yang hendak diminta,
serabut, selirat, semua ada. Menangis sungguh2
tapi tak tahu kanapa menangis.
Dengan kuasa Allah, tangan dia mencapai
Al-Quran.
Tapi tak tahu nak baca surah apa.
Lantas, kun faya kun, she flipped
into a page (al-quran translation).
I don’t really remember which ayah, surah
but the main point of the ayah… jangan bersedih… la tahzan.
Menangis lagi!
Tapi
nangis kali ni bersebab,
nangis yang terharu bahawa Allah itu Maha Mengetahui,
nangis yang melapangkan dada.
Lepas itu, Sodiqah cakap hati dia terus lapang!
Sungguh! Allah itu Maha Mengetahui.
Alhamdulillah! Bila dia tengah cerita ini, aku kait balik
dengan apa yang dia cakap sebelum ini,
“ sebenarnya Allah itu dekat je bak urat dekat tengkuk kita.
Tapi kita je yang lupakan Allah! Padahal Allah sangat sayangkan hambaNya!"
Mata ni cepat masuk pasir. Nasib baik ada hand towel yang
aku gantung kat leher, kesat cepat-cepat (dah macam mamak roti canai Bagan
Dalam je…. Stail gantung hand towel kat leher)
Sodiqah cakap, “wei, janganlah nanges…”
“isk, mana ada….” . Tipu. [-_~]’
Sodiqah nasihat lagi. Betul-betul niat kat sini (Asasi
UNIMAS) sebab nak menuntut ilmu! Baru rasa seronok nak belajar. (Learn is the
keyword, not study!) Kadang-kadang aku rasa tension sangat bila study dekat
asasi nih, study terok2 nak kejar course medicine sampai lupa nak kejar yang sepatutnya(
redha Allah) Sodiqah cakap, “ rezeki tu Allah yang pegang” . Sekarang nih,
learn sebab nak menuntut ilmu, nak mencari keredhaan Allah. Sebab tu tak
tension.
InsyaAllah, aku akan cuba praktikkan.
Finally, I realized. Aku rasa jauh , kosong bila aku tak
jaga hubungan dengan Allah! Allah itu Maha Berkuasa! Hari tu bila syok ja dok
layan youtube….tiba-tiba (language!!! Tak de nye sort of tiba-tiba, kun faya
kun!) ada video nih elok je terpasang..
Manangis.(sama je macam kes sodiqah tadi)
To end my post this time, I wanna share with you guys a
Surah.
Az-Zumar
39. 53-39
39. 53-39
[53]Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang
telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan
maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya
Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.
[54]“Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat,
serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana
sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.
[55]“Dan turutlah – Al-Quran – sebaik-baik. (panduan hidup)
yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara
mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.
[56]“(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang
(menyesal dengan) berkata: ` sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah
mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari
orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (ugama Allah dan
penganut-penganutnya)! -
[57]“Atau berkata: ` Kalaulah Allah memberi hidayah petunjuk
kepadaku, tentulah aku telah menjadi dari orang-orang yang bertaqwa ! ‘ -
[58]“Atau berkata semasa ia melihat azab: ` Kalaulah aku
dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang
mengerjakan kebaikan!”
[59](Kata-kata yang tersebut ditolak oleh Allah dengan
firmanNya): “Bahkan telahpun datang kepadamu ayat-ayat petunjukKu (melalui
RasulKu), maka engkau telah mendustakannya serta engkau berlaku sombong angkuh
mengenainya, dan engkau telah menjadikan dirimu dari orang-orang yang kufur
ingkar!”
;)
Comments